Api Biru
urat-urat ini kebas lagi
dari rahang ia menari
hingga tersadung ia pada kesulitan hati
maka terselak pintu kealpaan emosi
"mari
mari bermain bersama aku
kita bakar saki-baki kewarasanmu,"
api biru itu tersesat dalam ketirusan nadi
dihimpit belantara liar memori
menjerit ia hingga panas dinding hati
meronta ia hingga senak ego yang cuba berdiri
"dan kan aku hapuskan
tiang-tiang yang membela keteguhan akalmu
yang merantai keangkuhan emosimu
hingga terhembus api merah
hingga kau melutut mahu menyerah,"
bila terkatup pintu kebenaran emosi
carilah kunci itu sampai mati.
Kau terus meraikan penipuan. Bagus.
ReplyDeleteAku berenang dalam penipuan. Aku hadam penipuan. Terima kasih.
ReplyDelete