lapan jam lagi
aku
masih lagi perhati
mereka dengan dunia mereka
aku
dari tingkap yang sama
seperti hari-hari lama
tanpa uang
tanpa kerja
tanpa sijil
tanpa hasil
tanpa tuju
tiada maju
tanpa nama
tanpa sesiapa
kecuali aku
dan nyawa
yang tak diguna
yang lelah dijaja
aku
dan tulisan aku
lukisan aku
mimpi aku
angan aku
janji aku
siapa aku
ya, aku
lapan jam nanti?
No comments:
Post a Comment