"Senja ini lara, dan kita tetap menyembuhkannya." - A. Samad Said
masih ada angin jujur di tengah debu yang menyesakkan
merangkak-rangkak dia mencari jalan menuju jiwa yang kesempitan
aku enggan percaya hala yang terang dan lancar
kerana ada sang pembisik di sebalik silau cahaya
aku enggan dengar suara nan fasih dan lunak
kerana ada kiasnya di sebalik kemanisan yang serak
ada jalan yang sempit di hujung sana
berduri lantainya
berpinak selumbar pada dindingnya
ada jalan yang sempit di hujung sana
ada angin jujur bertatih menyusurinya
jalan itu
jalan aku.
No comments:
Post a Comment