Pungguk rindukan bulan. Tapi pungguk kusut dalam kekeliruan. Betulkah mata yang bersinar, yang hampir suci warnanya, yang dia rasa menemani malam-malamnya tu, bulan yang selama ini didambakannya? Pungguk merasa begitu keliru petang itu.
Kerana rindu pada bulan ertinya bulan itu pernah singgah dalam hati pungguk dan titikkan setidaknya secalit rasa kasih dalam dirinya. Dan rasa kasih itu akarnya patut bertunjangkan rasa senang dan rasa bahagia si pungguk, hadiah daripada bulan yang kononnya dirindukan itu.
Tapi merenung bulan dari jauh seperti malam, seperti malam-malam semalam, tak pernah mampu membuahkan ketawa yang ikhlas, setahu pungguk. Setiap malam direnungkannya bulan itu, sambil memikirkan tentang kebodohan yang sering menumpang lalu, ingin diselit dalam catitan sejarah hidupnya, dan gambar-gambar cantik yang selalu bermundar-mandir dalam angannya. Bulan tak tadahkan dunia pun, fikir pungguk.
Lalu, seperti baru diturunkan hidayah yang diada-adakan, pungguk terus tersedar daripada mimpi indahnya. Hidup tak mungkin semudah mengintai bulan, tegas pungguk pada hatinya sendiri. Pungguk masih lagi sedang duduk di kaki tilamnya yang menghadap jendela tidak berlangsir dalam bilik kosong itu. Tapi kali ini dia tak mahu menjenguk ke luar jendela, ke atas sana. Pungguk tak mahu merasa jauh daripada kelegapan dunia.
Pungguk hanya bersandar pada dinding. Tangan kirinya mencapai bulan yang sebenar. Diteguknya rahsia bulan itu hingga terbakar jiwa yang cuba menidak keindahan realiti, hingga ketawa kecil dia walau sendirian. Tangan kanannya menyuap bibir dengan sulaman asap putih. Aku hadiahkan setiap hembusan ini pada kau yang angkuh di atas sana, bulan, agar kau tahu apa rasanya punya perasaan, bisik pungguk ke luar jendela.
Pungguk tak rindukan bulan. Pungguk rindukan kewarasan.

No comments:
Post a Comment