23.6.11

perempuankini

Mana ada perempuan yang mahu dengar bebelan revolusi walau seputih mana pun niat kau. Melainkan kalau kau berparas Robert Pattinson atau berkujur Brandon Routh. Atau mungkin kalau kau punya suara seakan Bruno Mars, mungkin ada perempuan yang rajin mencubit jeling pada hujung matanya. Tambah sedikit extra point kalau kau punya kugiran memuja keindahan perempuan, yang dikenali orang-orang 'bernama' di dalam bulatan itu.

Mana ada perempuan yang pandang lubang hina pada poket kau. Bak kata Ayam, "Kalau lu tak mampu belanja Tutti Frutti setiap minggu, lu boleh simpan borang permohonan lu." Lagi umph kalau disogok frozen yogurt perisa strawberi. Terliur perempuan-perempuan di luar sana, sehabis rela menadah dada nak dibalas dollar.

Mana ada perempuan yang mahu keluar minum petang dengan kau dan singlet batik RM5 kau, dipadan dengan seluar steng warna coklat yang juga RM5 itu. Melainkan kalau ada terpampang simbol Hugo atau tanda jenama Zara di sudut-sudut kain murah itu. Bau bundle tak menarik you know. Paling kurang pun, perempuan mahu lekat pada bau deodorant Adidas kegilaan jejaka macho masa kini.

Mana ada perempuan yang tak pandang rupa, duit, bau badan, atau jenama kasut kau.



Aku ini, sebenarnya bukan perempuan. Serius.

No comments:

Post a Comment