30.5.11

idle

Jejaknya aku di negara dua puluh satu, aku berhenti untuk merumus akal kembali. Perlukah aku,

     aku yang faham erti kebebasan veto,
          aku yang sedar sedang diboneka-kan oleh norma dunia yang masih tebal muka mahu berlindung di sebalik
          nama kemanusiaan,
               aku yang sentiasa diselimuti jerit hati dan bisik akal agar bangkitlah tubuh untuk kelahiran semula,

kutip cebisan roti sepanjang jalan yang fasis ini?

Aku mahu jadi ringan. Mahu melangkah tanpa beban adat di bahu kanan dan dosa paranoid di bahu kiri. Aku mahu terbang bila mahu, kunyah bila mahu, bersenggama bila mahu, dan pecah bila mahu. Aku mahu semua nikmat ini tanpa perlu ada suara sinis yang membunuh nafsu.

Tapi aku, sendirian.

Dunia ini terlalu luas, terlalu agung, terlalu bijak mengulit kecewa pada dahan yang sedang berpesta tawa.

Jadi, perlukah aku tunduk dan meleraikan ikatan sampan mimpi dan imaginasi terus agar ia menari mengikut alur sungai yang tiada cahayanya? Perlukah aku bingkas bersiap setiap kemunculan matahari tanpa sedikit senyum pun diukir untuk ia yang setia menghulur bahu pada aku?

Aku mahu jadi ringan. Ringan. Ringan. Seperti benih yang melayang tapi berlagak mampu terbang tinggi. Seperti benih yang tenang walau tidak pasti arah tujunya. Seperti benih yang yakin, dunia ini bukan abadi.

Ah. Fuck tipikalisme. Fuck terpaksa mengarah tubuh agar patuh. Fuck diktator bertopeng komitmen.

Dunia yang warna-warni ini kononnya, boleh terus jalan dan mampus. Aku. Aku ini, akan terus merangkak dan merangkak hingga segala molekul pelanginya aku sedut dalam-dalam dan hembus ke muka para Anjing sebagai asap putih yang berlagu.

No comments:

Post a Comment